Webinar Kesejahteraan Kendiri Kesihatan Mental
11 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 10 Disember 2024 (Selasa), petugas NADI telah menyertai sesi webinar kesejahteraan kendiri iaitu kesihatan mental secara dalam talian menggunakan Google Meet. Webinar ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat berkaitan dengan kesihatan mental dan mengubah persepsi kita terhadap pesakit yang mengalami kesihatan mental. Dalam webinar ini, seorang Dr. Psikiatri telah menerangkan berkaitan dengan situasi dimana seseorang individu itu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stress kehidupan, bekerja secara produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.
Seseorang itu boleh mengalami masalah kesihatan mental disebabkan oleh kemurungan, kecelaruan stress selepas trauma dan sebaginya yang boleh mencetus kepada kesihatan mental. Kesihatan mental juga mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti kehidupan dan produktiviti seseorang. Selain itu, Dr. juga menerangkan juga bahawa seseorang yang bertindak agresif ialah tidak semuanya mempunyai sakit mental kerana kemungkinan seseorang itu bertindak agresif kerana pengaruh alkohol ataupun dadah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: